Thursday, October 7, 2010

Kg.Bugis-Sungai Danga Menongkah Arus Pembangunan


Keadaan Kg.Sungai Danga kini tidak menentu
kerana kegiatan pembangunan lebuhraya yang membelah dua
kawasan Kg. Sungai Danga- satu-satunya perkampungan Bugis
berhampiran bandar J.Bahru.
Orang-orang kampung mungkin terpaksa menunggu
setahun dua lagi barulah siapnya lebuhraya ini.
Walaupun terpaksa menerima hakikat kehadiran pembangunan,
pada waktu yang sama langkah-langkah perlu diambil dalam memastikan
perkampungan Melayu yang sedia ada tidak pupus. Oleh itu, pihak yang
berkepentingan wajar memberi pertimbangan dalam memastikan
kampung-kampung Melayu ini terus wujud.
Dengan adanya lebuhraya baru ini, pastinya harga-harga tanah di kawasan
persekitaran akan melambung naik - dan ini memungkinkan tawaran
harga untuk menjual tanah tidak boleh dibendung lagi. Adalah diharapkan
kewujudan Kg. Sungai Danga pada jangka panjangnya mampu bertahan
dengan kesan cabaran pembangunan yang mendatang. Banyak kampung
di kawasan Iskandar kini tinggal sebagai kenangan.
Hasil usaha titik peluh Datuk penulis sendiri iaitu Hj. Daeng Abdul Aziz
bersama besannya, Hj. Yunus Laisang @ Nenek Kangkuk yang membuka
kampung ini dahulu diharap terus dikekalkan oleh generasi cucu
cicitnya pada masa akan datang. Janganlah ia sekadar menjadi sebutan nama
bagi generasi mendatang.

No comments:

Post a Comment