Resipi Membuat Burasak
* Bahan-bahan (untuk 10 orang)
Beras Wangi 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.
* Cara-caranya
Beras dibasuh 2/3kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih api dikecilkan.
Masukkan garam seukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan - masak seperti nasi lemak. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan leper dan padat. Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.
* Cara membungkus
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong berukuran A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu terlebih dahulu)
* Cara mengikat Burasak
Susun bungkusan berlima dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Burasak hampir siap.


* Cara Memasak
Rebus burasak selama 1-3 jam. Lagi enak lebih dripada itu (sebaiknya direbus dalam periuk besar kayu api yang marak) Setelah masak, angkat dan tos seperti merebus ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua. Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Lazimnya Burasak lebih enak dimakan berama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang ini di masakMeti -Masakan cili direbus kering.

Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya lembut seperti tulang ikan sardin. Ia juga boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan lain-lain.
assalamualaikum...boley saya tahu ker...burasak ni warisan tradisi keluarga ker?....bole xkalo saya nak tahu degan lebih lanjut...
ReplyDeleteBoleh jer call atau whatsapp dekat no sy
Delete01140446733
Assalamualaikum... bestnye.. tak pernah rasa lagi.. baru hari ni tau makanan tradisi rakyat bugis ialah burasak.. even though sy berdarah bugis tp x prnh tau masakannye, budayanya or bahasanya... thanx for the resepi.. nak cuba bole??? tq =)
ReplyDeleteBurasak... makanan tradisi orang Bugis. Di Malaysia lazimnya Burasak boleh ditemui sewaktu Hari Raya di kalangan masyarakat Bugis. Di Sulawesi Selatan, di Singkang misalnya, Burasak adalah makanan biasa dan boleh diperolehi di gerai-gerai atau restoran.
ReplyDeleteAthirah: setuju
DeleteSempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, famili saya mengadakan jamuan kesyukuran. Kawan2 yang saya undang request nak makan BURASAK... so harapan mereka tidak dihampakan... menu malam ini burasak dan asam pedas ikan parang. serta beberapa lauk pauk yg lain. InsyaAllah bulan Syawal nanti, Burasak merupakan menu wajib keluarga saya...
ReplyDeleteBurasak makanan tradisi org2 bugis.memg sedap,lemak.atuk wawa selalu buat.cubala utk raye thun nie. selamat berpuasa
ReplyDeletesaya nak belajar makan burasak !
ReplyDeleteassalammualaikum kak..sy bkn org bugis..tp teraaaamatla suke mkn burasak..mntk halal share resepi ni ye..trm ksh..
ReplyDeletewow... mcm ketupat pulut, cuma bezanya ketupat pulut pakai daun pucuk palas, burasak ni pulak pakai daun pucuk pisang dan daun pisang tua... huiii buleh try ni :D
ReplyDeletelain kot sebab burasak pakai beras bukan pulut..johor senang dpt burasak
DeleteSalam tuan punya blog, izinkan saya share entri ini di blog saya ye. saya akan link kan dengan entri dari sini. terima kasih:)
ReplyDeleteAssalamualaikum...bestnya makan burasak...or kami panggil "BURAS"....best tgok tuan blog mkn buras nie..tp km slalu mkn dengan ayam masak lengkuas...heheh...meriahnya raya besama Buras...
ReplyDeleterindu kat mak... arwah slalu buat ...al fatihah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBaru semalam makan kat Pontian di gerai burasak, memang menyelerakan.
ReplyDeleteSaya akan cuba buat sendiri masakan ini. Jika berjaya akan diviralkan kelak.
ReplyDeleteAzhan: nampak cam sedap sgt2!
ReplyDelete