Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Kedua Ke Benut


Setiap Hari Kedua Aidilfitri aku & rombongan keluarga dari J.Bahru akan berkunjung ke rumah saudara mara di Benut. Malangnya Aidilfitri tahun ini tuan rumah salah sebuah rumah yang sering dikunjungi iaitu Andik Mori dimsukkan ke Hospital Pakar J.Bahru. Rumah kedua iaitu Rumah Allahyarham Andik Fatah juga tidak berpenghuni kerana keluarganya melakukan Umrah di Mekah.
Rombongan 6 buah kereta terpaksa mengubah program singgah di rumah Pak Hussein. Kemudiannya rombongan bertolak ke rumah Andik Tahir yang menyediakan pelbagai juadah istimewa termasuk Burasak & Lepat Eloi yang menjadi makanan istimewa hari raya orang-orang Bugis khususnya di Benut.
Burasak di sini hanya boleh didapati ketika Aidilfitri & Aidiladha tidak sepertimana di Sulawesi. Ketika aku berkunjung ke Sulawesi 3 tahun lalu, Burasak boleh didapat setiap pagi di kebanyakan gerai yang menyediakan sarapan pagi.

No comments:

Post a Comment