Friday, May 20, 2011

Terjemahan Bahasa Inggeris, Bugis & Melayu

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Bugis dan Bahasa Melayu boleh ditemui di dalam buku yang bertajuk A VOCABULARY OF THE ENGLISH, BUGIS, AND MALAY LANGUAGES .
Buku ini di salin secara digital dari Perpustakaan Oxford University. Ia telah didigitised oleh Internet Archive pada tahun 2008 dan dibiyaai oleh Microsoft Corporation. Buku yang dikarang pada tahun 1833 ini mengandungi 2000 perkataan.
Berdasarkan kepada tahun penerbitannya, kamus ini berkemungkinan disediakan untuk kegunaan pendakwah kristian di Singapura.

Ikuti link berikut:

Sunday, May 15, 2011

Konsep Warna Dalam Bahasa Bugis

Bahasa Bugis adalah salah satu bahasa daripada rumpun Melayu yang bekembang maju mengikut zaman. Seperti bahasa lain Bahasa Bugis turut mengalami perubahan yang pesat di samping menerima kemasukkan unsur-unsur asing. Bahasa ini digunakan oleh orang Bugis semasa berkomunikasi secara tidak rasmi dan penggunaan harian. Bahasa ini turut berubah mengikut evolusi masa.

Untuk mengkaji bahasa Bugis dengan lebih terperinci, pengkaji telah membuat kajian terhadap En. Hussien bin Daud iaitu seorang penghulu di Kampung Belokok, Pontian, Johor di mana hampir semua penduduknya berbangsa Bugis dan bertutur dalam bahasa Bugis.

Ikuti link berikut yang mengupas mengenai : Konsep Warna Dalam Bahasa Bugis.

Saturday, May 7, 2011

Falsafah Senibena Tradisional Melayu Bugis

Senibina tradisi adalah satu warisan khazanah yang tidak ternilai. Ia menjadi kebangaan generasi terdahulu dan perubahan masa dan teknologi serba sedikit membuatkan khazanah ini kian terhakis dan pupus.

Kajian bertajuk 'FALSAPAH SENIBINA TRADISIONAL MELAYU BUGIS* ini adalah satu kajian yang cuba menyingkap falsafah dan konsep yang berkaitan dengan senibina dan juga kebudayaanya. Kajian ini dilakukan di- Parit Pecah dan Parit Bugis, di Negeri Johor.
Ikuti link berikut untuk memahami subjek ini :


Tuesday, May 3, 2011

Pengembara BUGIS & Pendekatan Menyesuaikan Diri

Bagi Masyarakat Bugis penghijrahan dari satu tempat ke satu tempat adalah satu tradisi pengembaraan tersendiri. Tidak hairanlah, sekiranya anda berada di Nusantara ini, anda boleh menemui masyarakat bugis di mana-mana.
Gene Amarell, dari Ohio University mengupas ciri-ciri pengembaraan masayarakat Bugis dan cara mereka menyesuaikan diri.
Ikuti kajian berkenaan di link berikut.