Thursday, December 23, 2010

Lawatan Pelajar ke Kg. Bugis, Pasir Putih Baru, Tawau

Penduduk Kg. Bugis, Pasir Putih Baru, Tawau, Sabah mengadakan program
khas yang antara lain memperkenalkan pelbagai budaya Bugis di Kampung itu.
Program itu bertujuan untuk meraikan kehadiran pelajar
kampus Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi.

Upacara yang berlangsung pada 21 November 2010 itu
dianjurkan bersama oleh Persatuan Kebajikan Bugis Sabah, PKBS,
Cawangan Tawau dan Penduduk Kg. Bugis, Pasir Baru Tawau.

Sdr. Dean Ekin - pengirim gambar - bersama Pak Genderang dan Gadis-Gadis
Bugis memakai Baju Bodoo yang turut menjayak program berkenaan.
Bugisworld mengucapkan terima kasih Sdr. Dean Ekin kerana
berkongsi maklumat mengenai program ini.

Saturday, December 18, 2010

Perkahwinan , Adat & Islam Masyarakat Bugis

Sejarah orang–orang Bugis telah mula dilakarkan dalam teks–teks sejarah seperti karya sastra La Galigo dan Lontara. yang mengupas mengenai budaya, adat istiadat, serta salasilah keluarga bangsawan. Hal ini menunjukkan bahwa budaya dan adat istiadat ini wajar terus dipertahankan sebagai bentuk warisan dari nenek moyang orang–orang Bugis yang tentunya sarat nilai-nilai positif.

Ikuti tulisan mengenai Perkahwinan, Adat & Islam di kalangan Masyarakat Bugis di Sulawesi Selatan oleh Nurul IImi Idrus.

* Marriage, Adat and Islam among the Bugis in South Sulawesi -
Nurul Ilmi Idrus.

Monday, December 13, 2010

Prilaku Politik Orang Bugis

Kajian sejarah menunjukkan hampir kesemua kerajaan atau sistem pemerintahan di Bugis dan Makassar terhasil dari adanya perjanjian politik kelompok untuk mengangkat pemimpin atau raja Mereka.
Kertas kerja berikut mengupas perkara ini.
Ikuti kajian ini di link berikut :

Friday, December 10, 2010

Coto Makassar


Coto Makassar adalah sejenis makanan khas orang bugis dan digemari oleh keluarga bugis di Sulawesi mahupun di luar. Namun begitu di luar Sulawesi agak sukar mendapatinya. Apatah lagi kalau mencarinya di Malaysia.

Hidangan ini berupa sop berkuah dengan bahan-bahan seperti usus, hati, otak, daging lembu, dimasak dengan , ketumbar, jintan, bawang merah, bawang putih, garam yang sudah dihaluskan, daun salam, limau nipis, dan kacang. Pada umumnya Coto Makassar disajikan bersama ketupat atau nasi impit.





















Resipi Coto Makassar

1/2 Kilo daging lembu/kerbau di rebus dulu

Bahan bahanya

4 biji bawang merah

4 biji bawang putih

1 sudu teh ketumber

3 btg serai di titik hujungnya

1 inci lengkuas

1 inci halia

Daun limau purut 3 helai

Daun Salam

sedikit kacang tanah di goreng dan di tumbuk

garam secukup rasa dan lada

Cara caranya

1. Tumis semua bahan bahan yd di sebut diatas tadi

2. Isi garam secukup rasa dan lada ( di potong)

3. Tambahkan 3 liter air, kecilkan api sehingga mengelegek

4. Angkat dan hidang ke dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan dagingnya di isi sewaktu menghidang.

Petikan Resipi daripada http://dapurusnah.blogspot.com/2010/02/coto-mak

Sunday, December 5, 2010

Bugis Radio

Ketika melunsuri internet saya terjumpa link berikut yan antara lain memuatkan Lagu-Lagu Bugis. BUGIS RADIO sepertimana disebut dalam pengenalannya bermatlamat untuk mengekalkan keindahan budaya Muzik Indonesia. Antara irama yang ditawarkan termasuk Lagu Bugis dari genre Pakkacapi ke Dangdut, Lagu Bugis, Gamelan, Pop & Muzik Rock.

LAYARI bugis radio di link berikut : http://www.bugis.nl/

Petikan daripada link tersebut.

Bugis Radio - Your gateway to Indonesia

Welcome at the website of Bugis Radio. Bugis radio is a non-profit internet radio station.Our purpose is to promote and preserve the beautiful Indonesian Musical Culture. From original Buginese Kecapi (pakkacapi) music to Dangdut, Lagu Bugis, Gamelan, and Pop and Rock music.

Bugis radio, at this moment, is a 24h non-stop stream of Indonesian music. We hope that you like our selection. We are striving to get you more and sometimes more less-known music! Bugis radio has two streams running. One is compatible with the Shoutcast server, and, as such we are listed at their website, and one is compatible with the Icecast server, which is listed here. Our main stream is a 128 Kbps MP3 formatted stream, compatible with many players. We have also configured some lower bandwith streams for slower connections. Please click our Tune In page below for the streams ! Enjoy!

Maintaining a radio station is a daunting task, and it takes a lot of time and a lot of money. If you enjoy Bugis Radio, please donate a small amount to ensure continuation of the radio station. You can donate money by clicking the following button:


Saturday, December 4, 2010

Pisang Bakar di Pantai Losari


Sekiranya anda ke Makasar, pastikan anda ke Pantai Losari. Antara
makanan yang terkenal di Pantai Losari ialah Pisang Epe iaitu pisang
bakar dengan pelbagai rasa seperti coklat, durian atau keju.

Satu pesanan (porsi) Pisang Epe dijual sekitar Rp 8.000 berisi empat biji pisang.
Para penjual pisang Epe ini hanya berjualan pada sebelah malam apabila Pantai Losari menjadi tumpuan pengunjung.

Kedudukan pantai Losari agak strategik kerana di seberang jalan terdapat beberapa
buah hotel pelbagai kelas. Antaranya ialah Hotel Aston, Hotel MGM, Hotel Losari Beach, Hotel Quality dan
Hotel Aryadutta.
Satu lagi bentuk hiburan di Pantai Losari ialah penyanyi jalanan atau
dipanggil Pengamen di sini.
Mereka menghiburkan pengunjung dengan mendendangkan beberapa
lagu dan kemudiannya mengharpkan pemberian daripada mereka. Bagi
sesetengah pihak, jumlahnya yang sebegitu ramai di kawasan ini kadangkala
agak meresahkan pengunjung.

Thursday, December 2, 2010

Trend Migrasi Orang Bugis

Orang-orang Bugis boleh ditemui di pelbagai lokasi di Nusantara ini dan telah memulakan perpindahan dari Sulwesi sejak ratusan tahun lampau.

Christian Pelras dalam bukunya,The Bugis, berpendapat kehidupan masyarakat Bugis yang pada mulanya merupakan masyarakat petani, kemudian berpindah sejak jatuhnya Makassar pada tahun 1666. Di perantauan, orang-orang Bugis terkenal sebagai pelaut ulung, askar upahan, dan penguasa kerajaan-kerajaan Islam Nusantara. Sumbangan mereka ini turut mewarnai perjalanan sejarah di Nusantara, khususnya pada abad ke-18 dan 19 Masehi.

Ikuti link-link berikut untuk meneroka beberapa kajian mengenai Orang Bugis dan Trend perpindahan/migrasi ini.

* Bugis Migration & Modes of Adaptation to Local Situations

* Kinship and debt -The social organization of Bugis migration and fish marketing at Lake Lindu, Centra1 Sulawesi.

* Punca penghijrahan orang bugis ke Tawau, Sabah.

Saturday, November 27, 2010

Tradisi Berzanji Sya'ban Bugis Wajo

Saya masih teringat ketika zaman kanak-kanak di Johor Bahru, setiap malam Jumaat khususnya pada bulan Sya’ban, kami sekeluarga akan membaca berzanji seorang demi seorang yang diketuai oleh Bapa saya sendiri.

Berzanji ditulis oleh Syekh Abu Ja’par Al-Barzanji, adalah untaian puisi panjang berbahasa megandungi riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.

Bagi mengenali tradisi Berzanji ini ikuti link berikut:

TRADISI BARZANJI SYA'BAN MASYARAKAT BUGIS WAJO.

Thursday, November 25, 2010

Pemakaman Toraja


Bagi para pelancong di luar Indonesia, Tana Toraja adalah antara lokasi pelancongan
paling menarik dan terkenal di Sulawesi. Di destinasi ini juga terdapat desa-desa
tradisional, bangunan rumah tongkonan disertai senibena unik dan kebudayaan
Toraja yang menarik.
Apa yang sering menjadi tumpuan pelancong ialah lokasi pemakaman di Tana Toraja.
Ia boleh ditemui di banyak tempat dan masih lagi digunakan sehingga sekarang.
Ada beberapa jenis pemakaman. Ada yang berbentuk gua, bukit yang dipahat dan
batu yang dilubangi. Ada juga makam yang disebut sebagai Patane yang turut
dilengkapi dengan Tau Tau - patung tiruan orang yang sudah meninggal.
Acara adat yang paling menarik di Toraja adalah upacara penguburan mayat.
Puncak acara penguburan ini lazimnya berlangsung pada bulan Julai & Ogos. Bandar
Rantepao merupakan kota terbesar di Tana Toraja dan juga pusat perniagaan.
Pelancong yang mengunjungi Toraja umumnya berkumpul di Rantepao bagi memulakan penerokaan segala keunikan dan keindahan Toraja.

Wednesday, November 17, 2010

Senibina Rumah Bugis

Ketika berkunjung ke Sulawesi, bagi saya dari Malaysia, antara perkara
yang menarik ialah keindahan seni bina Rumah Bugis yang boleh
diperhatikan sepanjang perjalanan dari Makassar ke Singkang.

Rumah Bugis memiliki keunikan senibena yang unik dan tersendiri.
Ia kelihatan agak berbeda dengan rumah panggung etnik lain
seperti yang terdapat di Sumatera dan Kalimantan.

Layari link berikut untuk mengetahui lebih mendalam mengenai tajuk yang diperkatakan.
* Dan petikan kajian berikut Oleh Ahmad Misman Bin Angsar
mengenai

Friday, November 12, 2010

Maklumat BUGIS di Wikipedia



Sekiranya kita melayari internet, pelbagai maklumat boleh diperolehi mengenai pelbagai perkara. Maklumat mengenai Dunia Bugis juga tidak terkecuali. Sekiranya anda memerlukan maklumat-maklumat umum mengenainya layari Link berikut khusus mengenai Dunia Bugis di wikipedia - the Free Encylopedia

Bugis- Versi Bahasa Inggeris.

* http://en.wikipedia.org/wiki/Bugis

Bugis - Versi Bahasa Melayu/Indonesia.

Sejarah Awal Bugis

* http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_awal_Bugis

Bugis of Sabah

* http://en.wikipedia.org/wiki/Bugis_of_Sabah

Sunday, November 7, 2010

Raja-Raja BUGIS di Malaysia

Sejak zaman berzaman, orang Bugis terkenal sebagai perantau sehingga banyak catatan sejarah membuktikan kemampuan mereka sebagai perantau ulung ke seluruh dunia sehingga ke Austrlia, Madagascar dan Afrika Selatan. Konflik yang timbul sesama kerajaan Bugis pada abad 16, 17, 18 dan 19, menyebabkan meningkatnya jumlah orang Bugis yang merantau ke kawasan pesisir Nusantara seperti ke Malaysia, Filipina, Brunei dan Thailand.

Bagi mereka berketurunan Bugis di Malaysia, mereka turut berperanan mewarnai kejayaan politik, ekonomi dan pelbagai kegiatan sosial lain. Presiden Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka. Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd Yusoff Haji Hashim dalam penyelidikannya mendapati bahwa hampir 9 di antara Raja-Raja di Malaysia adalah berketurunan Bugis.

Lihat petikan berita mengenai perkara ini:

Raja-Raja di Malaysia Berdarah Bugis

Rabu, 27 Juni 2007 15:06 WIB | Hiburan

Makassar (ANTARA News) - Dari sembilan raja yang memerintah di Malaysia, ternyata pada umumnya merupakan keturunan Raja Bugis dari Kerajaaan Luwu, Sulawesi Selatan.

Hal itu terungkap pada Seminar Penelusuran Kerabat Raja Bugis, Sulsel dengan raja-raja Johor-Riau-Selangor, Malaysia di Makassar, Rabu.

"Berdasarkan hasil penelusuran silsilah keturunan dan tinjauan arkeologi diketahui, 14 provinsi di Malaysia, sembilan diantaranya diperintah oleh raja yang bergelar datuk (dato`) atau sultan, sedang empat provinsi lainnya diperintah gubernur yang bukan raja," kata Prof Emeritus Dato` Dr Moh Yusoff bin Haji Hasyim, President Kolej Teknologi Islam Antarbangsa Melaka...LAGI..

Wednesday, October 27, 2010

Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah di Selat Melaka


Sumber tempatan mengenai peranan Pedagang Bugis di perairan dunia jarang dibuat sarjana sejarah. Walhal peranan mereka begitu ketara sekali dan sifat mereka disanjung pedagang Eropah dan ini menjadikan mereka sentiasa dihormati sebagai pedagang Nusantara yang bukan sahaja bijak berniaga, tetapi jujur dalam perniagaan.
Antara kajian mengenai peranan Pedagang Bugis ini dilakukan oleh Nordin Hassan dalam kajiannya - berbentuk PDF - bertajuk Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah di Selat Melaka
Anda boleh menguikutinya di laman web berikut:

Tuesday, October 19, 2010

Harapan Kota Makassar

Kota Makassar berpotensi besar menjadi Kota Pelancongan sepertimana kota-kota ternama lain di Indonesia. Menyedari hakikat ini pesawat Tambang Murah Malaysia,Airasia menyediakan perkhidmatan ke sana. Tambang yang dikenakan hanya sekitar RM250 pulang-pergi menerusi tempahan internet.
Potensi pelancongan ini pastinya akan meningkat dan terbuka luas dengan usaha-usaha proaktif yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata Kota Makassar yang mengadakan Tahun Melawat Makassar 2011 bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar kota yang berpenduduk kira-kira 1.3 juta itu.
Bagi pengunjung dari Malaysia berketurunan Bugis, melawat ke Makassar serta beberapa daerah lain di Sulawesi akan memberi makna dan nostalgia. Di sinilah salahsilah keluarga bermula.

Potensi terbesar bagi penguasaha pelancongan di Sulawesi untuk menarik pelancong Malaysia ialah Pelancongan Menjejak Keluarga di samping mengunjungi tempat-tempat bersejarah di sana.
Ikuti juga Rencana akhbar Mingguan Malaysia mengenai Kota penuh bersejarah itu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Petikan Utusan Online - 17/10/2010
Harapan kota Makassar
Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my
(Yang mengikuti lawatan media anjuran AirAsia ke Makassar, Indonesia baru-baru ini)
AKA KAREBA” bermaksud Apa Khabar dalam bahasa Bugis manakala “Naniareng Mangkasara” pula membawa makna “Diberi nama Makassar”. Kedua-dua etnik Bugis dan Makassar memiliki bahasa yang berbeza. Selain etnik itu, wilayah Sulawesi Selatan atau ringkasnya Sulsel juga dihuni oleh etnik Mandar dan Toraja.
Sengaja artikel ini dimulai dengan ayat-ayat tersebut bagi menceritakan keunikan Makassar yang pernah dikenali dengan nama Ujung Pandang dari tahun 1971 hingga 1999.
Sepanjang lima hari menjelajah Makassar, tidak ramai pelancong mat salleh dapat ditemui seperti kota-kota besar lain di Indonesia. Mungkin kerana itulah, Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata Kota Makassar mengadakan Tahun Melawat Makassar 2011 bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar kota yang berpenduduk kira-kira 1.3 juta itu
...LAGI...

Saturday, October 16, 2010

Tempahan Burasak & Lepat Loi

Ketika melunsuri pelbagai laman web yang berhubungkait dengan Alam Bugis, saya menemui laman web berikut :http://kasent2010.blogspot.com yang menawarkan pelbagai perkhidmatan tempahan makanan tradisional bugis.
Antara jenis makanan yang boleh ditempah termasuk Burasak (Sekeping RM1), Lepat Loi (Sekeping RM1), Bahulu Pecak(Mengikut Jenis Saiz) - makanan khas masyarakat Bugis. Ia turut menawarkan tempahan untuk Puding Karemah serta ketupat.
Bagi mereka yang memerlukan perkhdimatan ini layari Blog Berikut.
Apa yang menariknya laman web itu menjelaskan bahwa setiap tempahan yang dibuat menepati citarasa asli kerana mereka yang membuatnya adalah berketurunan Bugis.

Tuesday, October 12, 2010

Kedatangan Masyarakat BUGIS ke Johor.

Nota Anak Ogik dihasilkan antara lain untuk mengumpulkan pelbagai maklumat mengenai Alam BUGIS di Nusantara. Adalah diharapkan menerusi Blog ini, pelbagai maklumat boleh diperolehi daripada pelbagai pihak dan medium untuk membantu memperkayakan khazanah maklumat mengenai Dunia Bugis.
Antara perkara yang menarik yang saya cuba kumpulkan ialah maklumat mengenai Mengapa Orang Tua saya dan keluarganya meninggalkan Kampung di Sulawesi untuk mengembara ke Johor. Persoalan-persoalan ini masih lagi dalam penyelidikan yang berterusan. Bagaimanapun, saya ingin berkongsi maklumat dengan satu penyelidikan yang menarik yang dihasilkan oleh RAHILAH OMAR, KHAZIN MOHD TAMRIN, NORDIN HUSSIN DAN NELMAWARNI.
Ikuti penemuan mereka di link berikut:

Thursday, October 7, 2010

Kg.Bugis-Sungai Danga Menongkah Arus Pembangunan


Keadaan Kg.Sungai Danga kini tidak menentu
kerana kegiatan pembangunan lebuhraya yang membelah dua
kawasan Kg. Sungai Danga- satu-satunya perkampungan Bugis
berhampiran bandar J.Bahru.
Orang-orang kampung mungkin terpaksa menunggu
setahun dua lagi barulah siapnya lebuhraya ini.
Walaupun terpaksa menerima hakikat kehadiran pembangunan,
pada waktu yang sama langkah-langkah perlu diambil dalam memastikan
perkampungan Melayu yang sedia ada tidak pupus. Oleh itu, pihak yang
berkepentingan wajar memberi pertimbangan dalam memastikan
kampung-kampung Melayu ini terus wujud.
Dengan adanya lebuhraya baru ini, pastinya harga-harga tanah di kawasan
persekitaran akan melambung naik - dan ini memungkinkan tawaran
harga untuk menjual tanah tidak boleh dibendung lagi. Adalah diharapkan
kewujudan Kg. Sungai Danga pada jangka panjangnya mampu bertahan
dengan kesan cabaran pembangunan yang mendatang. Banyak kampung
di kawasan Iskandar kini tinggal sebagai kenangan.
Hasil usaha titik peluh Datuk penulis sendiri iaitu Hj. Daeng Abdul Aziz
bersama besannya, Hj. Yunus Laisang @ Nenek Kangkuk yang membuka
kampung ini dahulu diharap terus dikekalkan oleh generasi cucu
cicitnya pada masa akan datang. Janganlah ia sekadar menjadi sebutan nama
bagi generasi mendatang.

Saturday, October 2, 2010

Bandar Sengkang @ Sulawesi Selatan



Bandar Sengkang ialah ibu Kota Kabupaten Wajo yang letaknya kira-kira 250
kilometer dari Kota Makassar. Sejak dulu lagi Sengkang dikenali sebagai
kota perniagaan kerana anggota masyarakatnya yang terkenal dalam bidang itu.
Bandar ini juga menawarkan pelbagai barang dagangan yang lebih murah berbanding
daerah lain. Tidaklah menghairankan jika aktiviti perdagangan begitu pesat di Sengkang.
Di samping dikenal sebagai kota niaga, kelembutan dan kehalusan tenunan sarung sutera. 
Sengkang juga terkenal di kalangan peminat Sutera di dalam dan di luar negara.


Aktiviti masyarakat Wajo menguruskan aktiviti persuteraan telah dilakukan turun 

temurun sebagai  


kegiatan sampingan mahupun yang dikelola sebagai 

industri rumah tangga mahupun industri menegah.


Hampir di setiap daerah kegiatan persuteraan dijalankan termasuk  
kegiatan 
pemeliharaan ulat sutera, pemintalan 

menjadi benang yang
seterusnya ditenun menjadi selembar kain sutera.