Wednesday, October 27, 2010

Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah di Selat Melaka


Sumber tempatan mengenai peranan Pedagang Bugis di perairan dunia jarang dibuat sarjana sejarah. Walhal peranan mereka begitu ketara sekali dan sifat mereka disanjung pedagang Eropah dan ini menjadikan mereka sentiasa dihormati sebagai pedagang Nusantara yang bukan sahaja bijak berniaga, tetapi jujur dalam perniagaan.
Antara kajian mengenai peranan Pedagang Bugis ini dilakukan oleh Nordin Hassan dalam kajiannya - berbentuk PDF - bertajuk Pedagang Bugis dan Kuasa Eropah di Selat Melaka
Anda boleh menguikutinya di laman web berikut:

Tuesday, October 19, 2010

Harapan Kota Makassar

Kota Makassar berpotensi besar menjadi Kota Pelancongan sepertimana kota-kota ternama lain di Indonesia. Menyedari hakikat ini pesawat Tambang Murah Malaysia,Airasia menyediakan perkhidmatan ke sana. Tambang yang dikenakan hanya sekitar RM250 pulang-pergi menerusi tempahan internet.
Potensi pelancongan ini pastinya akan meningkat dan terbuka luas dengan usaha-usaha proaktif yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata Kota Makassar yang mengadakan Tahun Melawat Makassar 2011 bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar kota yang berpenduduk kira-kira 1.3 juta itu.
Bagi pengunjung dari Malaysia berketurunan Bugis, melawat ke Makassar serta beberapa daerah lain di Sulawesi akan memberi makna dan nostalgia. Di sinilah salahsilah keluarga bermula.

Potensi terbesar bagi penguasaha pelancongan di Sulawesi untuk menarik pelancong Malaysia ialah Pelancongan Menjejak Keluarga di samping mengunjungi tempat-tempat bersejarah di sana.
Ikuti juga Rencana akhbar Mingguan Malaysia mengenai Kota penuh bersejarah itu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Petikan Utusan Online - 17/10/2010
Harapan kota Makassar
Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my
(Yang mengikuti lawatan media anjuran AirAsia ke Makassar, Indonesia baru-baru ini)
AKA KAREBA” bermaksud Apa Khabar dalam bahasa Bugis manakala “Naniareng Mangkasara” pula membawa makna “Diberi nama Makassar”. Kedua-dua etnik Bugis dan Makassar memiliki bahasa yang berbeza. Selain etnik itu, wilayah Sulawesi Selatan atau ringkasnya Sulsel juga dihuni oleh etnik Mandar dan Toraja.
Sengaja artikel ini dimulai dengan ayat-ayat tersebut bagi menceritakan keunikan Makassar yang pernah dikenali dengan nama Ujung Pandang dari tahun 1971 hingga 1999.
Sepanjang lima hari menjelajah Makassar, tidak ramai pelancong mat salleh dapat ditemui seperti kota-kota besar lain di Indonesia. Mungkin kerana itulah, Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata Kota Makassar mengadakan Tahun Melawat Makassar 2011 bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar kota yang berpenduduk kira-kira 1.3 juta itu
...LAGI...

Saturday, October 16, 2010

Tempahan Burasak & Lepat Loi

Ketika melunsuri pelbagai laman web yang berhubungkait dengan Alam Bugis, saya menemui laman web berikut :http://kasent2010.blogspot.com yang menawarkan pelbagai perkhidmatan tempahan makanan tradisional bugis.
Antara jenis makanan yang boleh ditempah termasuk Burasak (Sekeping RM1), Lepat Loi (Sekeping RM1), Bahulu Pecak(Mengikut Jenis Saiz) - makanan khas masyarakat Bugis. Ia turut menawarkan tempahan untuk Puding Karemah serta ketupat.
Bagi mereka yang memerlukan perkhdimatan ini layari Blog Berikut.
Apa yang menariknya laman web itu menjelaskan bahwa setiap tempahan yang dibuat menepati citarasa asli kerana mereka yang membuatnya adalah berketurunan Bugis.

Tuesday, October 12, 2010

Kedatangan Masyarakat BUGIS ke Johor.

Nota Anak Ogik dihasilkan antara lain untuk mengumpulkan pelbagai maklumat mengenai Alam BUGIS di Nusantara. Adalah diharapkan menerusi Blog ini, pelbagai maklumat boleh diperolehi daripada pelbagai pihak dan medium untuk membantu memperkayakan khazanah maklumat mengenai Dunia Bugis.
Antara perkara yang menarik yang saya cuba kumpulkan ialah maklumat mengenai Mengapa Orang Tua saya dan keluarganya meninggalkan Kampung di Sulawesi untuk mengembara ke Johor. Persoalan-persoalan ini masih lagi dalam penyelidikan yang berterusan. Bagaimanapun, saya ingin berkongsi maklumat dengan satu penyelidikan yang menarik yang dihasilkan oleh RAHILAH OMAR, KHAZIN MOHD TAMRIN, NORDIN HUSSIN DAN NELMAWARNI.
Ikuti penemuan mereka di link berikut:

Thursday, October 7, 2010

Kg.Bugis-Sungai Danga Menongkah Arus Pembangunan


Keadaan Kg.Sungai Danga kini tidak menentu
kerana kegiatan pembangunan lebuhraya yang membelah dua
kawasan Kg. Sungai Danga- satu-satunya perkampungan Bugis
berhampiran bandar J.Bahru.
Orang-orang kampung mungkin terpaksa menunggu
setahun dua lagi barulah siapnya lebuhraya ini.
Walaupun terpaksa menerima hakikat kehadiran pembangunan,
pada waktu yang sama langkah-langkah perlu diambil dalam memastikan
perkampungan Melayu yang sedia ada tidak pupus. Oleh itu, pihak yang
berkepentingan wajar memberi pertimbangan dalam memastikan
kampung-kampung Melayu ini terus wujud.
Dengan adanya lebuhraya baru ini, pastinya harga-harga tanah di kawasan
persekitaran akan melambung naik - dan ini memungkinkan tawaran
harga untuk menjual tanah tidak boleh dibendung lagi. Adalah diharapkan
kewujudan Kg. Sungai Danga pada jangka panjangnya mampu bertahan
dengan kesan cabaran pembangunan yang mendatang. Banyak kampung
di kawasan Iskandar kini tinggal sebagai kenangan.
Hasil usaha titik peluh Datuk penulis sendiri iaitu Hj. Daeng Abdul Aziz
bersama besannya, Hj. Yunus Laisang @ Nenek Kangkuk yang membuka
kampung ini dahulu diharap terus dikekalkan oleh generasi cucu
cicitnya pada masa akan datang. Janganlah ia sekadar menjadi sebutan nama
bagi generasi mendatang.

Saturday, October 2, 2010

Bandar Sengkang @ Sulawesi Selatan



Bandar Sengkang ialah ibu Kota Kabupaten Wajo yang letaknya kira-kira 250
kilometer dari Kota Makassar. Sejak dulu lagi Sengkang dikenali sebagai
kota perniagaan kerana anggota masyarakatnya yang terkenal dalam bidang itu.
Bandar ini juga menawarkan pelbagai barang dagangan yang lebih murah berbanding
daerah lain. Tidaklah menghairankan jika aktiviti perdagangan begitu pesat di Sengkang.
Di samping dikenal sebagai kota niaga, kelembutan dan kehalusan tenunan sarung sutera. 
Sengkang juga terkenal di kalangan peminat Sutera di dalam dan di luar negara.


Aktiviti masyarakat Wajo menguruskan aktiviti persuteraan telah dilakukan turun 

temurun sebagai  


kegiatan sampingan mahupun yang dikelola sebagai 

industri rumah tangga mahupun industri menegah.


Hampir di setiap daerah kegiatan persuteraan dijalankan termasuk  
kegiatan 
pemeliharaan ulat sutera, pemintalan 

menjadi benang yang
seterusnya ditenun menjadi selembar kain sutera.