
Bandar Sengkang ialah ibu Kota Kabupaten Wajo yang letaknya kira-kira 250
kilometer dari Kota Makassar. Sejak dulu lagi Sengkang dikenali sebagai
kota perniagaan kerana anggota masyarakatnya yang terkenal dalam bidang itu.

Bandar ini juga menawarkan pelbagai barang dagangan yang lebih murah berbanding
daerah lain. Tidaklah menghairankan jika aktiviti perdagangan begitu pesat di Sengkang.


Di samping dikenal sebagai kota niaga, kelembutan dan kehalusan tenunan sarung sutera.
Sengkang juga terkenal di kalangan peminat Sutera di dalam dan di luar negara.


Aktiviti masyarakat Wajo menguruskan aktiviti persuteraan telah dilakukan turun
temurun sebagai
kegiatan sampingan mahupun yang dikelola sebagai
industri rumah tangga mahupun industri menegah.


Hampir di setiap daerah kegiatan persuteraan dijalankan termasuk
kegiatan
pemeliharaan ulat sutera, pemintalan
menjadi benang yang
seterusnya ditenun menjadi selembar kain sutera.


No comments:
Post a Comment