Tuesday, October 19, 2010

Harapan Kota Makassar

Kota Makassar berpotensi besar menjadi Kota Pelancongan sepertimana kota-kota ternama lain di Indonesia. Menyedari hakikat ini pesawat Tambang Murah Malaysia,Airasia menyediakan perkhidmatan ke sana. Tambang yang dikenakan hanya sekitar RM250 pulang-pergi menerusi tempahan internet.
Potensi pelancongan ini pastinya akan meningkat dan terbuka luas dengan usaha-usaha proaktif yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata Kota Makassar yang mengadakan Tahun Melawat Makassar 2011 bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar kota yang berpenduduk kira-kira 1.3 juta itu.
Bagi pengunjung dari Malaysia berketurunan Bugis, melawat ke Makassar serta beberapa daerah lain di Sulawesi akan memberi makna dan nostalgia. Di sinilah salahsilah keluarga bermula.

Potensi terbesar bagi penguasaha pelancongan di Sulawesi untuk menarik pelancong Malaysia ialah Pelancongan Menjejak Keluarga di samping mengunjungi tempat-tempat bersejarah di sana.
Ikuti juga Rencana akhbar Mingguan Malaysia mengenai Kota penuh bersejarah itu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Petikan Utusan Online - 17/10/2010
Harapan kota Makassar
Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my
(Yang mengikuti lawatan media anjuran AirAsia ke Makassar, Indonesia baru-baru ini)
AKA KAREBA” bermaksud Apa Khabar dalam bahasa Bugis manakala “Naniareng Mangkasara” pula membawa makna “Diberi nama Makassar”. Kedua-dua etnik Bugis dan Makassar memiliki bahasa yang berbeza. Selain etnik itu, wilayah Sulawesi Selatan atau ringkasnya Sulsel juga dihuni oleh etnik Mandar dan Toraja.
Sengaja artikel ini dimulai dengan ayat-ayat tersebut bagi menceritakan keunikan Makassar yang pernah dikenali dengan nama Ujung Pandang dari tahun 1971 hingga 1999.
Sepanjang lima hari menjelajah Makassar, tidak ramai pelancong mat salleh dapat ditemui seperti kota-kota besar lain di Indonesia. Mungkin kerana itulah, Kementerian Kebudayaan dan Pariwisata Kota Makassar mengadakan Tahun Melawat Makassar 2011 bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar kota yang berpenduduk kira-kira 1.3 juta itu
...LAGI...

No comments:

Post a Comment