Wednesday, August 17, 2011

Agama, Tradisi dan Kesenian dalam Manuskrip La Galigo


Manuskrip La Galigo adalah warisan orang Bugis. Ia pada intinya mengandungi empat aspek: keagamaan, kitab suci, tradisi dan kesenian. Sebelum menganut Islam, orang Bugis mempercayai ajaran daripada La Galigo bahawa Dewa tertinggi mereka adalah Patotoqé yang bermukim di Boting langiq dan Dewi Sinauq Toja yang bermukim di Buri Liu. Kepercayaan itu telah melahirkan upacara dan tradisi yang sampai kini masih dapat ditemui dalam kebudayaan orang Bugis.

Tulisan ini cuba mengulas unsur-unsur agama yang bersangkut-paut dengan tradisi dan kesenian yang menyertai karya-karya sastera klasik, termasuk La Galigo di Sulawesi Selatan.

No comments:

Post a Comment