Friday, March 25, 2011

Nota mengenai LONTARAK

Apa itu Lontara?

Menurut Wikipedia, Lontara ialah tulisan Bugis yang dikategorikan di bawah keluarga tulisan Brahmi. Lontara dikenali dikalangan masyarakat Bugis sebagai aksara Ugi yang bermaksud "Tulisan Bugis" manakala lontara adalah penulisan-penulisan menggunakan huruf-huruf ini.

Huruf-huruf lontara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

  • indo' surə (ibu huruf).
Indo' surə ialah konsonan-konsonan tulisan Bugis. Terdapat 23 indo' sure. Setiap konsonan mempunyai bunyi 'a' dibelakangnya. Sebagai contoh, huruf 'ᨀ' berbunyi 'ka', huruf 'ᨒ' berbunyi 'La' dan seterusnya.
  • ana' surə (anak huruf)
Ana' surə pula adalah tanda-tanda vokal yang ditambahkan kepada indo' surə supaya ia mengikut bunyi ana' surə tersebut. Terdapat lima ana' surə yang masing-masing berbunyi 'i', 'u', 'ə', 'o', 'æ' (Bunyi 'æ' adalah sama dengan bunyi 'e' di dalam perkataan 'pen').
Ikuti makalah : Notes-on-the-Lontara-As Hisorical Sources. Oleh Andik Zainal Abidin.

Tuesday, March 15, 2011

SIRI' Gender and Sexual Identity

Siri’ adalah lambang tegaknya sebuah harga diri bagi manusia Bugis. Kajian Siri’, Gender, and Sexuality among the Bugis in South Sulawesi antara lain cuba menggali bagaimana siri’ berinteraksi dengan dan memperkuat identiti gender dan hubungan kekuasaan yang membentuk individu perempuan dan laki-laki Bugis.
Nurul Ilmi Idrus dari Hasanudin Universiti mengkaji mengenai seks, gender, dan siri’ dalam budaya Bugis. Tulisan ini meneroka cara bagaimana gender dan seksualitas dipengaruhi oleh norma-norma adat yang berasal dari tradisi tulisan, pepatah dan nasihat. Siri’ (kehormatan/rasa malu) merupakan sebuah konsep utama yang menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat Bugis.
Rencana ini adalah versi petikan dari kertas kerja “Gender and Sexual Identity” yang dibentangkan di the 3rd International Symposium of the Journal ANTROPOLOGI INDONESIA: “Rebuilding Indonesia, a Nation of ‘Unity in Diversity’: Towards a Multicultural Society”, di Udayana University, Denpasar, Bali, 16–19 July 2002.

* Ikuti link berikut untuk mengikutinya : Siri’, Gender, and Sexuality among the Bugis in South Sulawesi.

Thursday, March 10, 2011

Makan Malam Bugis Sulawesi Selatan

Makan malam Bugis Sulawesi Selatan

JOHOR BAHRU 8 Mac - Persatuan Kebajikan Ekonomi Bugis Malaysia dengan kerjasama Ugik Technologies akan menganjurkan Majlis Makan Malam Bugis Sulawesi Selatan pada 19 Mac ini.

Jurucakap persatuan itu, Lokman Junit berkata, seramai 30 orang ahli kebudayaan dari Sulawesi Selatan akan mempersembahkan persembahan kebudayaan yang akan diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru di Jalan Tebrau di sini.

Katanya, antara persembahan kebudayaan yang dipersembahkan ialah tarian api-api dan tarian sepakraja dengan diiringi pemuzik tradisional dengan disertai artis Bugis terkenal, Tenri Ukek, akan menyertai persembahan tersebut.

Sehubungan itu kata Lokman, kira-kira 200,000 warga Bugis di negeri ini dipelawa menyokong acara gilang gemilang itu yang bertujuan mengembangkan budaya dan bahasa Bugis di negeri ini di samping mengisi tabung persatuan.

Menurutnya, mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi talian 016-7975810 (Lokman).

Tuesday, March 8, 2011

Terlalu Bugis-Sentris, Kurang 'Perancis'

Ikuti makalah TERLALU BUGIS-SENTRIS, KURANG ‘PERANCIS Oleh: George Junus Aditjondro yang dibentangkan dalam perbincangan mengenai Buku Manusia Bugis , hasil pena Christian Pelras yang berlangsung di Bentara Budaya, Jakarta 16 Mac 2006.

George Junus Aditjondro ialah Konsultan Penelitian dan Penerbitan Yayasan Tanah Merdeka, Palu; Anggota Dewan Penasehat Center for Democracy and Social Justice Studies (CeDSoS), Jakarta.

Ikuti link berikut: TERLALU BUGIS-SENTRIS, KURANG ‘PERANCIS.