Saturday, February 26, 2011

Tongkonan di Tanah Toraja

Bagi mereka yang berkunjung ke Sulawesi Selatan, sekiranya berkelapangan mereka boleh berkunjung ke Tanah Toraja - sebuah destinasi pelancongan yang berterusan menerima kehadarian pelancong dari seluruh dunia.
Untuk ke sana para pengunjung dari Makassar perlu menempuh perjalanan darat sejauh 350 km untuk tiba ke Tanah Toraja.
Antara ciri menarik ketika di Tanah Toraja ialah rumah Tongkonan. Rumah ini dahulunya menjadi pusat pentadbiran, kekuasaan adat, dan perkembangan kehidupan sosial budaya masyarakat Toraja. Rumah ini tidak boleh dimiliki oleh orang perseorangan melainkan turun temurun oleh keluarga atau marga suku Tana Toraja.
Dengan cirinya yang sedemikian, Tongkonan berfungsi antara lain sebagai pusat budaya, pusat pembinaan keluarga serta pembinaan peraturan keluarga.
Tongkonan mempunyai fungsi sosial dan budaya yang bertahap-tahap di kalangan masyarakat. Ia terbagi kepada beberapa jenis seperti tongkonan layuk atau tongkonan pesio'aluk, iaitu tempat menyusun aturan-aturan sosial keagamaan.
Ada juga tongkonan pekaindoran, pekamberan, atau kaparengngesan, iaitu tongkonan yang berfungsi sebagai tempat pengurusan dan pentadbiran adat.
Kota

Wednesday, February 16, 2011

Leluhur Bugis Orang Nias

Orang Bugis boleh ditemui di mana-mana di Nusantara, Afrika Selatan serta pelbagai ceruk rantau dunia. Falsafah yang menjadi sandaran ialah “kegisi monro sore’ lopie’, kositu tomallabu se’ngereng” yang bermaksud "di mana perahu terdampar, di sanalah kehidupan ditegakkan".

Ikuti link berikut yang bertajuk "Leluhur Bugis Orang Nias" yang berhubungkait dengan amalan falsafah ini

*Leluhur Bugis Orang Nias
.

Tuesday, February 8, 2011

Kapal Pinisi Bugis

Phinisi Bugis

Berdasarkan kepada sejarah awalnya, Kapal kayu Pinisi telah digunakan di Indonesia sejak beberapa abad yang lalu iaitu sebelum tahun 1500an. Menurut naskah Lontarak I Babad La Lagaligo pada abad ke 14, Pinisi pertama sekali dibuat oleh Sawerigading, Putera Mahkota Kerajaan Luwu untuk berlayar menuju negeri China hendak meminang Putri China yang bernama We Cudai.

Banyak maklumat mengenai kapal pinisi ini di Internet. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam megenainya. Ikuti link berikut:

* : http://id.wikipedia.org/wiki/Pinisi

* http://www.kastenmarine.com/phinisi_history.htm

* http://jurnal.pdii.lipi.go.id/admin/jurnal/1708313319.pdf

Tuesday, February 1, 2011

Berkunjung ke Pasar Pinrang


Ketika berkunjung ke Singkang Sulawesi Selatan tidak lama dulu, saya
singgah sebentar di Pasar Pinrang ketika dalam perjalanan dari Makassar.
Saya berkesempatan mengambil beberapa keping gambar yang
menggambarkan keistimewaan Pasar Pinrang dan penghuninya.
Sifat ramah mesra Orang-orang Bugis sentiasa terpancar ketika berbual-bual
dengan mereka walaupun waktu tidak mengizinkan untuk berbicara lama.
Secara peribadi, apa yang saya kesali ketika berkunjung ke Sulawesi Selatan, ialah Bahasa Bugis yang kami gunakan sekeluarga ketika zaman kanak-kanak dulu, sudah tidak diamalkan.
Oleh kerana itu, saya hanya memahami apa yang diperbualkan dalam Bahasa Bugis, tetapi agak janggal ketika mahu berbahasa Bugis kerana telah lama tidak melakukannya.