Tuesday, September 21, 2010

Benut-Pekan Bugis di Johor



Pekan Benut atau lebih dikenali sebagai 'Tanjung' oleh penduduk setempat
kini semakin pesat membangun dan mempunyai lebih 50,000 penduduk.
Pekan ini terletak di bahagian barat negeri Johor Darul Ta'zim kira-kira
62 km dari bandaraya Johor Bahru dan 26 km dari bandar Pontian.
Ia merupakan penghujung bahagian utara Daerah Pontian yang
menghubungkan daerah Batu Pahat dan juga Daerah Kluang .
Perjalanan ke kawasan ini mangambil masa kira-kira sejam jika
dari bandar Johor Bahru dan kira-kira 25 minit dari Pontian .
Menurut sejarahnya, kesuburan tanah di kawasan ini dengan
pohon ASAM BUNUT yang tumbuh merimbun menyebabkan
pekan ini diberi nama BUNUT dan kemudiannya lebih
popular dengan panggilan Benut.
Apa yang istimewanya sejumlah besar penduduknyaberketurunan Bugis dan
bersaudara di antara satu sama lain. Penduduknya yang berketurunan
Bugis Wajo mula mendiami di kawasan itu sejak lewat tahun 1800an.
Bagi generasi lama yang tinggal di sini, kaum Tionghua
yang menetap di pekan Benut juga dikatakan mampu
berbicara dalam Bahasa Bugis pada satu ketika dahulu.
Keseluruhan kawasan Benut adalah berkeadaan tanah rata dan rendah dan
sesuai untuk tanaman kelapa dengan sisipan pokok-pokok pisang dan nenas.

Friday, September 17, 2010

Resipi Membuat Burasak


Resipi Membuat Burasak
* Bahan-bahan (untuk 10 orang)
Beras Wangi 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.
* Cara-caranya
Beras dibasuh 2/3kali. Panaskan santan hingga mendidih. Setelah mendidih api dikecilkan.
Masukkan garam seukup rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan - masak seperti nasi lemak. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut2 atas bungkusan leper dan padat. Jangn terlalu nipis atau terlalu tebal.
* Cara membungkus
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong berukuran A4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak: jemur atau salai daun pisang itu terlebih dahulu)
* Cara mengikat Burasak
Susun bungkusan berlima dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Burasak hampir siap.

* Cara Memasak
Rebus burasak selama 1-3 jam. Lagi enak lebih dripada itu (sebaiknya direbus dalam periuk besar kayu api yang marak) Setelah masak, angkat dan tos seperti merebus ketupat. Buka tali dan buangkan daun pisang tua. Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Lazimnya Burasak lebih enak dimakan berama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang ini di masakMeti -Masakan cili direbus kering.
Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya lembut seperti tulang ikan sardin. Ia juga boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan lain-lain.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Kedua Ke Benut


Setiap Hari Kedua Aidilfitri aku & rombongan keluarga dari J.Bahru akan berkunjung ke rumah saudara mara di Benut. Malangnya Aidilfitri tahun ini tuan rumah salah sebuah rumah yang sering dikunjungi iaitu Andik Mori dimsukkan ke Hospital Pakar J.Bahru. Rumah kedua iaitu Rumah Allahyarham Andik Fatah juga tidak berpenghuni kerana keluarganya melakukan Umrah di Mekah.
Rombongan 6 buah kereta terpaksa mengubah program singgah di rumah Pak Hussein. Kemudiannya rombongan bertolak ke rumah Andik Tahir yang menyediakan pelbagai juadah istimewa termasuk Burasak & Lepat Eloi yang menjadi makanan istimewa hari raya orang-orang Bugis khususnya di Benut.
Burasak di sini hanya boleh didapati ketika Aidilfitri & Aidiladha tidak sepertimana di Sulawesi. Ketika aku berkunjung ke Sulawesi 3 tahun lalu, Burasak boleh didapat setiap pagi di kebanyakan gerai yang menyediakan sarapan pagi.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Datang ke bugisworld.blogspot.com

Salam Sejahtera.
Bersempena Aidilfitri pada 1 Syawal 1431 bersamaan 10 September 2010 yang menjelang tiba, saya berhasrat memindahkan pengurusan website www.bugisworld.com yang saya uruskan sekian lama ke bugisworld.blogspot.com bagi membolehkan tugas-tugas pemantauan yang lebih kerap.

bugisworld.com telah lama di maya internet, namun oleh kerana beban tugas dan kekangan waktu saya jarang mengupdatenya. Saya harapkan menerusi bugisworld.blogspot.com - saya mampu memberi lebih banyak maklumat mengenai Dunia Bugis di internet.

Saya mengalu-alu apa juga sumbangan karya mengenai Dunia Bugis untuk kepentingan maklumat kita bersama.
Insyallah.